Wednesday, June 10, 2009

Seorang Hamba Secalit Nota


engkau....seorang hamba
kepada Maha Kuasa kau berkata, lazimnya..
golongan yang tidak pernah mendalami erti sebenar..

tidak berguna, jika ia tidak memberi makna..

tetapi, kau hamba sejati!!
kepada tembakau berapi..
tak boleh hidup kalau tak kena sehari..

fuhhhh..enaknya..
patuh dan akur kepada pengaruhnya..

kau juga hamba abadi!!
kepada insan bergelar wanita
segala yang kaulakukan, sedikit sebanyak..
bertakhta tujuan nyata..kau inginkan mereka..

ohhhh malunya..
patuh dan akur kepada pengaruhnya..

kau juga hamba setia!!
kepada dunia dan isi kandungannya..
kau inginkan harta dan kuasa..
atau yang seerti dengannya, tetapi berlainan istilah kata..
tindak-tanduk kau, berpaksi kan ia sebagai tujuan utama..
melebihi segala-galanya..

kau juga hamba mithali!!
kepada diri sendiri..
ahhh!!pedulikan orang lain..
kau yang penting..kau yang penting..

betapa hodohnya..
patuh dan akur kepada pengaruhnya..

kau hamba yang hina!!
kepada ketakutan dan kelemahan..
kau lemah..kau takut..
kau tidak mampu, mereka gagah..
kau tidak yakin, mereka perkasa..

Bacul..
patuh dan akur kepada pengaruhnya..

dan kau..hamba mereka..
tanpa kata,tetapi erti dan makna yang nyata..
tidak perlu kau memahami untuk melakukannya..

engkau hamba..


8 comments:

future phenomenon said...

apapun, tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

zoe sawyer said...

encik raja~~~~

lame nye x dgr cte u~!!
at last jumpe jgk

btw..ur adek..is my adek punye kwn..aritu die tito my house..
die kt jasin an?

itana said...

nice post.

after all, we still a slave in this world,
but to whom..? that's another question.

Rhazes said...

raja,
ni apart of malay EE kau ke?
huhu
mntp bro

RaveHeartz said...

Mendalam..Mantap n best..

Salam Ziarah

P/s: X kenal mati awal

anish said...

malay 7 tak??
hehehe

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal said...

kadang-kadang biarkan hati merana, supaya ia mencari Tuannya...

海瓜子Andy said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社