Saturday, January 17, 2009

Berkarat..

Wah wah..rasa pelik + ganjil + menyampah bila aku tengok blog mamat sorang ni. Hangat-hangat tahi israel. Zaman beredar, individu yang lambat dan lembab, ketinggalan la jawabnya. Orang dah sambut tahun 2009 berabad lama, dia punya post masih 2008. Cakap updated.

Bukan taknak update katanya, "its about priority, time management, interest, internet avaibility" dan macam-macam lagi alasan dia. Malas aku nak dengar.

Haa, kena sound skali dengan beberapa bloggers veteran. Diorang cakap blog mamat ni, bersawang. Pehhh, pedas tu. Terima kasih pada sanza. Menyampah punya pasal, aku bukak blog dia. Tengok profile macam kenal. Tengok muka dia, kacak juga orangnya. Tengok nama, sehhhh...Aku rupanya..

Apa-apahal pon, sebab dah tahun 2009, umur dah nak masuk 20, 20???? besar tu..kalau dulu masa kecik, aku tengok orang yang berumur 20 ni macam bapak orang. Macho dan matured, tapi tengok cermin, tengok kawan-kawan, betul ke diorang ni dah masuk 20?

Apa-apa ajelah.

Tahun baru ni banyak juga perubahan, yang bujang dah kahwin, yang kecil dah besar, yang kurus dah gemuk, yang rendah dah tinggi, yang single dah in relationship, tapi Aku?

Aku macam biasa...........

Relax la bro, lepak dulu, jom la minum kat mamak. Hidup kena enjoy, ape barang tension-tension, kita muda lagi, banyak lagi masa nak seronok. Ko kena tengok contoh orang luar, baru open sket minda tu. Tengok mat salleh, hidup macam tak boleh mati, enjoy gila.






Ha, hidup kena enjoy. Jom a minum kat starbucks plak. Dengar cerita, kopi dia sedap. Tak pon jom makan maggi, berus gigi pakai colgate. Kena banyak belanja, baru ekonomi membangun. Supaya banyak peruntukan untuk buat perkara-perkara berfaedah, untuk saudara-saudara kita jugak.




Hidup kena enjoy. Jom la lepak lagi tengok bola. Tak pun bosan-bosan main game. Sembang-sembang kosong ke, gosip-gosip, gelak-gelak. Buang la masa sket, asyik study je, bosan. Masa kita banyak, negara kita aman.

Enjoy!!




ENJOY!!!







ENJOY!!!!!










Enjoy la korang............................al-fatihah.

6 comments:

majin said...

pergh terus clear screen laptop aku daripada sawang2 blog kau. Menarik post kau, tue ssebab aku selalu sound asal tak update.

Bukan marah, sayang.

Goodluck interview

al_insan said...

huh hebat cara penyampaian...!

usop said...

hbt syial!!
kagum2..
falsafah 2 ada..

nazrien said...

syahdu syial

♥zuE's...::: said...

kacak ke owner blog neh???

Faraheen Hazirah said...

pe maksud anda?